Aku mulai mengerti mengapa die perlakukan sebegitu rupa selama ini . Ya allah sungguh kecil dunia ini . Aku tulah membongkar semuanya demi hidup ku . Aku ingin mengetahui mengapa dia tidak pernah memahami perasaan ku . Maf kan jika disebabkan aku , kamu jatuh muflis pada saat dan waktu dahulu . Aku hanya insan yang suci ketika di lahirkan . Aku sayang kamu walaupun kamu begini . Aku faham perasaan kamu . Aku tidak perlukan apa-apa dari kamu . Tetapi , aku hanyakan segaris senyum dari mu !
Kamu nak tahu mengapa aku mahu kan senyuman itu ? Okey . Aku beritahu . Pada umur ku 4 tahun , kenakalan ku semangkin menjadi-jadi . Kenakalan kanak-kanak memang tidak dapat di atasi . Tetapi , kenakalan ku membawa kepada kemudaratan . Aku demam panas waktu itu . Tetapi , aku tidak mahu mengadu pada mu . Aku tahu kamu sibuk waktu itu . Akhirnya aku mendiamkan diri . Aku duduk di dalam bilik . Mengambil tuala panjang dan ku basah kan untuk letakkan di dahi ku .
Keesokkan hari nya . Aku hendak memberitahu mu yang demam ku semangkin teruk . Tetapi , kamu asyik dengan talian tidak henti-henti . Partner kamu sering datang ke rumah . Aku tidak mampu buat apa-apa . Akhirnya aku duduk teperap di dalam bilik . Aku bermain guitar walaupun waktu itu aku tidak berapa pandai kerana aku masih baru dalam industri muzik .
Petikkan guitar membuatkan hidup ku tenteram . Akhirnya , aku menamakan guitar pemberiaan Dady ku Mr. Perfect ! Di mana saja ku pergi , mesti ada dia . Jika aku dalam keadaan sedih , dia yang mengubati hati ku . Hidup ku tenang dengan Mr. Perfect . Aku bermain dan bermain . Akhirnya aku pengsan di dalam bilik kerana suhu badan ku semangkin melampau .
Tiba-tiba , aku melihat di sekeliling ku macam berada di tempat lain . Aku terpandang setubuh insan yang selalu menghantar ku ke mana saja aku mahu " Pak Mat " . Aku bertanya . " Adik di mana Pak Mat ? Kenape adik pakai macam nie ? Jom kite balik lha Pak Mat " Pak Mat hanya memandang ku . Dia mengusap-ngusap kepala ku dengan penuh belaian kasih sayang seorang bapa . Akhirnya dia bersuara . " Adik duduk diam-diam kat sini . Kalau adik duduk sini . Pasti ade orang yang akan jaga adik . " Tetapi , perkataan yang ku tak kan lupa sehingga sekarang adalah " Pak Mat faham perasaan adik walaupun adik masih kecil dan tidak lekang dengan kenakalan " . Walaupun waktu itu aku masih kecil , aku mempunyai jiwa yang mendalam .
Aku memeluk Pak Mat dengan begitu erat ! Pak Mat membalas pelukkan. Aku teringat sewaktu aku memeluk erat kamu ku . Waktu itu aku termimpi yang aku di kejar dengan sekumpulan lelaki yang aku tidak kenali . Aku menjerit meminta tolong . Akhirnya , kamu memujuk ku dan memeluk ku dengan penuh kasih sayang . Aku rindukan pelukkan mu . Semenjak aku berada di dalam wad . Hanya Pak Mat dan Dady yang menemani ku setiap malam . Aku asyik menanyakan " Di mana kamu berada sekarang ? Sehat kah kamu ? " Mereka hanya tersenyum .
Maf kan aku jika aku punca hidup kamu tidak tenteram . Aku tahu aku sekadar insan yang kamu pandang dengan sebelah mata . Aku berjanji aku akan mencapai cita-cita yang kamu tidak jangkakan . Aku boleh memberikan apa yang kamu nak lebih daripada apa yang kamu dendamkan selama ini . Jangan salahkan ku jika aku punca ini semua .
Aku tidak mahukan apa-apa dari mu ! Tetapi , yang aku mahukan adalah senyuman mu ! Aku rindukan senyuman mu ! Senyuman mu hilang di pandangan mata ku semenjak aku berumur 4 tahun . Terlampau lama dan menderitanya aku mencari penyebab ini semua .
Tetapi , tidak apa lha jika kamu tidak mahu aku berada di dalam hidup kamu . Aku bole pergi dan jangan terkejut jika satu hari nanti aku datang dengan kejayaan yang kamu impikan selama ini . Walaupun kamu tidak dapat menunaikannya . Aku janji ! Aku akan tunaikan bagi membahagiakan mu ! Maf kan aku sekali lagi .
Sampai sini saja yang mampu aku luah kan pada hari ini . Maf kan aku jika ayat yang aku keluarkan di blogger ini menyingguk hati mu . Tetapi , ini semua demi membuka mata mu ! Demi menyedarkan mu yang aku juga adalah seorang insan yang dilahirkan dengan sempurna . Bayi yang dilahirkan bagai kain putih dan ibu bapa yang memberikannya warna untuk kehidupannya . Semoga kamu maf kan aku untuk pertama kali dan akhir .
No comments:
Post a Comment