17.11.11
Pembahagian duit bagi pelajar yang berada di Malaysia berjalan dengan lancar. Hari ini adalah hari kedua pembahagian duit tersebut. Kali ini, aku dan kawan2 yang lain bertungkus-lumus sebaik mungkin menjual buku. Adakalanya,ibu bapa tidak sabar sewaktu buku kehabisan stok. Tetapi,bagi menjaga hati pembeli,kami semua bekerja keras mengambil buku tersebut dari koperasi. Kami dibanti oleh Cikgu iqbal. Sporting gile cikgu nie. Asal disuruh je,ada lah ganjaran yang dia minta. Seperti,roti,air dan lain2. hanya tahu mencekek je cikgu aku yang sorang nie. By the way,thankz a lot la cikgu sebab da angkutkan buku2 tu dari koperasi ke dewan. sampai cikgu buat drift kat selekoh nak masuk dewan. suke gile!! Nanti cikgu buat lagi tau! Boleh la saye terpekik terlolong macam orang separuh nak mati. huhuuh. Ada2 je gelagat cikgu aku tu.
Nak cerita sikit. Aku paling tak suke dengan mak bapak yang tak beri kerjasama. Macam beratur,tunggu sekejap sebab buku kehabisan stok, bising dan itu ini. Ade satu bapak nie la. Aku tanye. "cik,cik nak beli buku form berapa." dia cakap. "form 1" Aku cakap lah. "buku form1 tak ade jual lah cik. mintak maaf sangat2. Kalau cik nak beli,tunggu naik sekolah. Kat sinie,hanya jual buku form2 dan form3." Pastu pak cik nie buat muke. Ishh!!! Geram gile aku time tu. Sakit hati,bengang semua ade. Pastu,aku pikir2 balik. " ke form1 nak naik form2?" kebetulan,anak pak cik tu ada kat situ. Aku tak berapa kenal budak tu. Coz,aku tak pernah nampak dia sebelum nie. Aku panggil budak tu. "Dik,dik! sinie kejap." budak tu pon datang. "Hmm. kenape kak?" " Adik sebenarnya form berapa sekarang?" terpingge-pingge aku tunggu jawapan dari mulut budak tu. dah lah kecik. suara mane ade halus. dia pun jawab lah. "sekarang form1 tahun depan form2." Pehhh!!! bengang tahap gaban la siot!! aku tanye lagi. "Mane duit adik? bak sinie. Nie buku adik." pastu budak tu lari kat ayah die. Aku tengok je pergerakkan budak tu. Then,ayah die keluarkan duit RM50. Dari tadi aku pandang pak cik tu,aku tak perasan yang pak cik tu pandang aku balik. Budak tu pon lari kat aku lepas bapak die kasik duit. Dia cakap. "Nah kak. Terima kasih ea. Tapi,akak jangan marahkan ayah saye ea. Ayah saye memang macam tu. okey lah kak. Saye kena pergi nie. Ade emenjency cast. tahun depan kite jumpa lagi okey." Aku pun bagi je la senyuman kat budak tu. bile aku curik2 pandang bapak die. Ishhh!!! segaris senyuman pon tak nak kasik. Sampai aku nyanyi. "SENYUM TAK PERLU KATA APA-APA" Dalam hati nie. geram gile. Tapi, itu lah warna-warni semasa hari jualan berlangsung.
Walau apapun yang terjadi. semua yang datang untuk membeli buku adalah pelanggan kami. apa yang kami mampu buat adalah menjual buku tersebut dengan sebaik mungkin dan meringankan beban ibu bapa untuk pergi ke koperasi untuk membeli buku tulis anak mereka. Kepada ibu bapa yang telah memberi kerjasama dan yang tak memberi kerjasama,saye ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah membeli dan menjadi pelanggan setia kami. Menunggu walaupun cuaca pada hari itu ada kalanya mendung,panas terik,hujan dan sebagainya. Saya harap,pada tahun2 yang akan datang,ibu bapa dapat bekerjasama dengan kami semua. terima kasih lagi sekali saya ucapkan. saya akhiri cerita ini dengan wataufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu. :)
No comments:
Post a Comment